Hadirku kini mungkin sepi tanpa bicara..
Tidak seperti dahulu..
Seperti Sang Murai membawa berita..
Aku masih Aku yang Kau kenal dahulu..
Namun Aku kini tidak seperti dahulu..
Hebat bermain keris seperti Tuah..
Tabah seperti Teja...
Cekal seperti Mahsuri..
Aku kini dalam kekosongan cinta..
Cinta bila dihijabkan dalam rasa,pasti terasa..
Walaupun cinta itu terlalu fatamorgana..
Ramai yg merasai nikmat cinta..
Tapi jarang sekali yang bisa memegang cinta..
Cinta kadang kala bahagia..
Namum ada juga derita..
Cinta ibarat merpati..
Dapat dilihat dari jauh..
Tetapi sukar didekati..
Bila Aku dapat dekati cinta..
Kau dihantar ke lubuk hatiku..
Diketika itu..Kau umpama Sang Merpati Putih..
Yang kepatahan sayapmu..
Namun,jasaku membantumu..
Kau balas dengan suatu rasa...
Rasa yang tidak pernah Aku rasai..
Sebelum Aku kenalimu..Rasa cinta..
Akan tetapi..Kini..
Rasa cinta dahulu..Seperti..
Tidak lagi bersamaku...
Aku kehilangan cinta itu..
Cintaku terlepas dari sangkar hatiku..
Dek kerana keegoanku..
No comments:
Post a Comment