as salam.
Hampir sebulan juga saya tidak membuka dan menaip nukilan dan coretan di dalam blog dunia saya dunia anda.
Banyak sungguh kerja dan tanggungjawab yang harus saya pikul demi mengembalikan kestabilan kehidupan saya.Tekanan dan desakan yang diterima dari pelbagai pihak membuatkan saya terus berada didalam ke tidak stabilan dan ke kurangan.
Namun begitu semangat dan dorongan insan yang sayang akan diri ini dan rakan yang sedikit sebanyak membantu saya meneruskan kehidupan serta membarakan semangat saya untuk lebih berjaya dan gigih mencari belanjaan demi menanggung beban dan mengharungi rintangan yang penuh beliku,berduri,sempit,kotor dan menjijikan.
Demikianlah jalan yang harus saya tempuhi,takala hati ini ingin saja putus asa dan berdiam diri ada juga terlintas difikiran ingin saja lari dan menghilangkan diri,tetapi ALLAH maha mengasihani dia memberi peluang kepada saya dan keluarga untuk meneruskan kehidupan dan menjalaninya dengan berhati - hati dan merancang kebaikan demi kehidupan.
Doa dan harapan saya mohon agar kami sekeluarga dapat hidup aman,damai dan bahagia seperti dulu mungkin lebih bahagia dan sejahtera.Ya Allah berikan kami nikmat ,hidayah dan hidayat mu,lindungi kami dari segala bahaya ,dugaan dan kemungkaran dan berilah pada kami kekayaan harta benda,ibadat dan keluruhan peribadi yang mulia dan berikan kami kekuatan untuk melawan ,meharungi dugan dari mu. Ya ALLAH engkau kabulakanlah doa kami ini berikan kami cahaya mu.Amin amin amin yarobalalamin
salam 1 Malaysia
salam Jumaat
yang ikhlas
MUHD HAMIZAN
1 comment:
aku turut simpati
mizan semoga ko tabah
jgn pts asa
ko kena trs bgn kehadap
ngat masa depan ko sgt cerah
aku sentiasa doakan kesejahteraan ko.
QISTINA
Post a Comment