Thursday, June 16, 2011

10 Bangunan Paling Luas Di Dunia

10. Suvarnabhumi Airport, Thailand
Boleh dikatakan bahawa Suvarnabhumi Airport adalah salah satu airport terbesar di Asia Tenggara, dengan ruang tunggu dan ruang kendaliannya sangat luas, keseluruhan luas  bangunan ini adalah sebesar 
563,000 m². ini tidak termasuk kiraan landasan dan lapangan pesawat ok =)
 

9. Hong Kong International Airport, China
tempat ke sembilan masih tetap dikuasai oleh airport, namun kali ini bukan dari Asia Tenggara, tapi dari china, iaitu Hong Kong International Airport, sebagai salah satu airport tersibuk di dunia, bangunan airport ini mempunyai luas sebesar 570,000 m².
 

8. K-25, USA
K-25, USA adalah sebuah pusat penghasilan dan penelitian uranium milik Amerika Syarikat yang berada di daerah Tennesee. bangunan ini dibangunkan pada tahun 1945 dan kos pembinaanya adalah  512 juta dollar. Seluruh kawasan bangunan ini adalah seluas 609,000 m².
 

7. Pentagon, USA
Pentagon adalah pusat ketenteraan dan pertahanan Amerika Syarikat, jadi tak hairan jika Pentagon mempunyai luas yang sangat luar biasa, hal ini disebabkan oleh di Pentagon terdapat banyak senjata dan berbagai teknologiketenteraan milik Amerika Syarikat, luas seluruh bangunan ini mencapai 610,000 m².
 

6. The Palazzo, USA
Tempat ke- 6 masih di Amerika Syarikat, namun kali ini bukan bangunan tentera, tapi sebuah Hotel dan kasino megah yang berada di Amerika serikat. The palazo hotel and Resort merupakan bangunan mewah dengan konstruksi kelas satu. Luas bangunan ini mencapai 645,581 m².
http://listphobia.com/wp-content/uploads/071609_1803_10biggestbu7.jpg
 

5. Berjaya Times Square, Malaysia
Berjaya Times Square adalah sebuah pusat shopping dan hiburan terbesar di malaysia. Di dalam Berjaya Times Square terdapat dua hotel lima bintang, shopping area, pejabat, Taman Indoor, dan kemudahan mewah yang lain, luas bangunan ini adalah 700,000 m².
 

4. The Venetian, Macau, China
The Venetian, tempat ini memenuhi semua syarat sebagai tempat rehat jutawan Macau, luas The Venetian ini mencapai 980,000 m².
 

3. Beijing Capital International Airport, China
Beijing Capital International Airport adalah airport penting luas di china, Beijing Capital International Airport tercatat sebagai airport ke 8 tersibuk di dunia serta airport terluas ke 2 di dunia, luas airport ini mencapai 986,000 m².
 

2. Aaalsmeer Flower Auction, Belanda
Aaalsmeer Flower Auction adalah sebuah pusat pasar bunga dunia, setiap hari, ribuan dan jutaan bunga datang untuk dipasarkan ke Belanda dan seluruh Eropah, luas pasar bunga terbesar di dunia ini mencapai 990,000 m².
 

1. Dubai International Airport, Dubai
Dubai International Airport adalah airport terbesar di dunia, dengan 97 eskalator, 157 lif, 180 check-in counters, dan ruang parkir yang boleh menampung sehingga 2600 kenderaan membuatkan airport ini terpilih sebagai bangunan terluas di dunia dengan luas keseluruhan bangunan mencapai1,500,000 m².

No comments: