Sunday, November 22, 2009

Ucapan Ucapan Kepada Tun mahathir

PANDANGAN DUNIA:

"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal"

Margaret Thatcher - Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya

betajuk 'The Downing Street Years', hlm. 502

"Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas"

Bill Clinton - Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan

di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang

dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit

"Dr. Mahathir telah menyemai satu etika kerja yang telah membantu Malaysia mencapai tahap kemajuan yang sedia ada. Saya berasa kagum dengan pencapaian itu"

Francois Mitterand - Bekas Presiden Perancis sewaktu mengalu-

alukan kunjungan Dr. Mahathir ke Paris pada 7 Julai 1995

"Saya kagum dengan pembangunan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir sehingga membolehkan negara itu menjadi model pembangunan kepada negara-negara lain. Sesungguhnya Dr. Mahathir telah memainkan peranan penting dalam pencapaian itu. Jordan dan rakyat Malaysia turut berbangga"

Al Malek Hussein - Raja Jordan Sewaktu menganugerahkan

darjat teringgi Jordan, Darjah Pembaharuan Kelas Pertama

kepada Dr. Mahathir semasa melawat Amman

"Kebijaksanaan, daya tarikan dan dinanisme Dr. Mahathir telah menjadikan Malaysia sebagai Model negara Islam yang berjaya sepanjang dua dekad kepimpinannya terutama dalam pencapaian ekonomi dan sosial"

Pervez Musharraft - Mingguan Malaysia 20 Oktober 2002

"Dr. Mahathir adalah seorang yang bermakna kepada Filipina kerana di bawah pimpinan beliau sejarah hubungan Kuala Lumpur-Manila telah memasuki era baru"

Fidel Ramos - Presiden Filipina dalam ucapan majlis jamuan

makan meraikan lawatan Dr. Mahathir ke Filipina di Istana

Malacanang pada 3 Februari 1995

"Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di hemisfera selatan"

Thabo Mbeki - Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-

alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995

"Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang kukuh"

Benazir Bhutto - Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu

wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif

pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur

"Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat"

Shaykh Muhammad Hisham Kabbani - Pengerusi Majlis Tertinggi

Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002

"…..kami amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Dr. Mahathir yang cukup terkenal di dunia dengan wawasannya, sederhana, kuat memimpin negaranya ketahap yang terbaik dan memberi contoh kepada Islam sederhana. Dr. Mahathir bukan sahaja pemimpin bagi Malaysia, dia merupakan segelintir daripada pemimpin dunia yang berjaya…."

RAFIC HAIRI - Perdana Menteri Lubnan di sidang akhbar

semasa lawatan Dr. Mahathir ke Lubnan pada 21 Januari 2003

Sumber: Buku Mahathir Pencetus Tamandun Insaniah

(Penulis: S. Hashim Ahmad) Muka Surat 156-157

No comments: