Sunday, December 6, 2009

Menanti Hari Yang Penuh Sukar

Kehidupan merupkan sebuah drama yang kita sendiri ukir dan yang di tentukan oleh ALLAH s.w.t

Manusia seseorang yang mempunyai jasa dan rasa..Bagi seseorang yang di CINTAI dia akan merasakan dirinya bergitu dihargai dan saat - saat manis sentiasa menyinari hidup insan ini...Bagi seseorang yang di PINGGIRKAN mereka merasakan bergitu tertekan dan setiap masalah pasti tiada jalan penyesalan dan akhirnya mereka menyesal dan menuduh tuhan bergitu kejam pada diri mereka tetapi insan ini tidak penah mengetahuinya bahawa mereka bergitu berharga..Bagi seseorang yang merasakan diri dia paling HAPPY dia akan menjerit kepada dunia bahawa dialah insan paling gembira didunia ini dan di wajah dia terdambar kaseronokan dan senyuman yang manis..Bagi seseorang yang merasakan KESEDIHAN dia hanya menitiskan air mata,menangis serta mengurung diri dan memberitahu dunia dialah insan paling malang dan sedih didunia ini...Bagi seseorang yang merasakan dia memerulkan KASIH SAYANG dia akan berusha mendapatkannya kerana KASIH SAYANG itu sangat indah bagi setiap insan dan diperlukan...

Kehidupan yang kita lalui tidak terlepas dari segala element - element seperti DICINTAI , MENCINTAI , DIPINGGIRKAN , GEMBIRA , SEDIH ,KASIH SAYANG DAN MASALAH..


Jadi kita perlulah menjaga dan berusaha terhadap diri kita untuk maju kehadapan dan memperolehi KEBAHAGIAAN yang kita impikan selama kita hidup di muka bumi ini...Kita haruslah berdoa kepada ALLAH agar kita sentiasa mendapat rahmatnya dan petunjuk dari ALLAH..Semoga apa yang kita rancang demi MASA DEPAN dan KEBAHAGIAAAN kita dapat di perolehi dengan izinnya..Insyaallah..

Tahun 2010 yang akan kita lalui bersama nanti dan kita berdoa agar segala AZAM dan HAJAT kita akan tercapai dengan mudah...Amin..Amin..Amin..

SEGALA YANG BURUK DATANG DARI KITA YANG BAIK SEMUANYA DATANG DARI ALLAH S.W.T


MUHAMMAD HAMIZAN BIN AZIZAN
SALAM KEGEMBIRAAN SEMUA
DISEMBER 2009

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


SELAMAT HARI RAYA BUAT KELUARGA TERSAYANG, KAWAN KAWAN DAN SESIAPA SAHAJA YANG MENGENALI DIRI INI...... SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA.......SEMOGA HARI RAYA INI KITA DAPAT RAHMAT DARI-NYA..AMIN






HAMIZAN AZIZAN

USJ

SUBANG JAYA


Tuesday, November 24, 2009

Tun Dr Mahathir - Perjuangan Yang Belum Selesai

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Sunday, November 22, 2009

Melayu Mudah Lupa

MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

English Translation


This is just a direct translation, for those who noticed any error in the meaning, please rewrite it
Malays easily forget
Malays easily forget
Malays easily forget
There was a time when they were 'tread on' by others
Malays easily forget
There was a time when they were among the broken
Malays easily forget
There was a time when they were crying
Malays easily forget
There was a time when they were among the faggots
Malays easily forget
There was a time when they were among the second class
Malays easily forget
There was a time when they were insulted
Malays easily forget
There was a time when they were fighting each other
MMalays easily forget
There was a time when they were suffering
Malays easily forget

There was a time when they were small
Malays easily forget
There was a time when they were isolated
Malays easily forget
They have no Majesty
They have no Dignity
They have no Freedom
Malays easily forget
Malays easily forget
Malays easily forget
About the history of their 'sleeping' nation
About the cracked bloody land where he was born
Forget not
Forget not
Forget not
O people of my nation
Never forget again
Because your struggle is not finished yet

Ucapan Ucapan Kepada Tun mahathir

PANDANGAN DUNIA:

"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal"

Margaret Thatcher - Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya

betajuk 'The Downing Street Years', hlm. 502

"Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas"

Bill Clinton - Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan

di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang

dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit

"Dr. Mahathir telah menyemai satu etika kerja yang telah membantu Malaysia mencapai tahap kemajuan yang sedia ada. Saya berasa kagum dengan pencapaian itu"

Francois Mitterand - Bekas Presiden Perancis sewaktu mengalu-

alukan kunjungan Dr. Mahathir ke Paris pada 7 Julai 1995

"Saya kagum dengan pembangunan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir sehingga membolehkan negara itu menjadi model pembangunan kepada negara-negara lain. Sesungguhnya Dr. Mahathir telah memainkan peranan penting dalam pencapaian itu. Jordan dan rakyat Malaysia turut berbangga"

Al Malek Hussein - Raja Jordan Sewaktu menganugerahkan

darjat teringgi Jordan, Darjah Pembaharuan Kelas Pertama

kepada Dr. Mahathir semasa melawat Amman

"Kebijaksanaan, daya tarikan dan dinanisme Dr. Mahathir telah menjadikan Malaysia sebagai Model negara Islam yang berjaya sepanjang dua dekad kepimpinannya terutama dalam pencapaian ekonomi dan sosial"

Pervez Musharraft - Mingguan Malaysia 20 Oktober 2002

"Dr. Mahathir adalah seorang yang bermakna kepada Filipina kerana di bawah pimpinan beliau sejarah hubungan Kuala Lumpur-Manila telah memasuki era baru"

Fidel Ramos - Presiden Filipina dalam ucapan majlis jamuan

makan meraikan lawatan Dr. Mahathir ke Filipina di Istana

Malacanang pada 3 Februari 1995

"Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di hemisfera selatan"

Thabo Mbeki - Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-

alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995

"Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang kukuh"

Benazir Bhutto - Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu

wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif

pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur

"Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat"

Shaykh Muhammad Hisham Kabbani - Pengerusi Majlis Tertinggi

Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002

"…..kami amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Dr. Mahathir yang cukup terkenal di dunia dengan wawasannya, sederhana, kuat memimpin negaranya ketahap yang terbaik dan memberi contoh kepada Islam sederhana. Dr. Mahathir bukan sahaja pemimpin bagi Malaysia, dia merupakan segelintir daripada pemimpin dunia yang berjaya…."

RAFIC HAIRI - Perdana Menteri Lubnan di sidang akhbar

semasa lawatan Dr. Mahathir ke Lubnan pada 21 Januari 2003

Sumber: Buku Mahathir Pencetus Tamandun Insaniah

(Penulis: S. Hashim Ahmad) Muka Surat 156-157

Biodata Tun Dr. Mahathir mohamad



Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan.

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Mahathir Mohamad A True Hero




Work should be enjoyed in the same way that we enjoy playing. A bored worker is as bad as a bored player. He does not win. A bored worker does not produce. He merely marks time. He is a wage slave"

Tun Dr. Mahathir Mohamad, April 15, 1982

National Seminar on Productivity, Kuala Lumpur



Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri"

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perutusan Hari Kebangsaan Ke-46

"Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita"

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Majlis Pelancaran Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya"

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Oktober 8, 1986

Pembukaan Rasmi Bangunan Ibupejabat FELDA




SESEORANG YANG MENGENANG JASA MU

MIZAN

Saturday, November 21, 2009

BuDaK tAk tAhU mAlU

Ader la mamat ni dia ctr masalh dia kat aku tetang kawan2 dia xnk lyn,xnk kwn dia dan mcm menjauhkan diri dr dia dan mcm2 lg siap menagis2 lagi masa nk dekat final sem hari 2 siap paksa aku simpan rahsia..masa 2 aku daqh nk pindah trs dr c 2.....thn dia tb2 dia buat ctr kata aku yg cakap mcm2 sampai semua nk jumpa kau nk bincang kenapa??tp td penat xsempat la jumpa?korang rasa dia ni jens mcm maner??aku rasa mcm dia nk simpat org kot??


Aku manusia biasa sering melakukan kesilapan tetapi aku tahu ..tp jgn guna aku utk kepentingan diri ..jangan ko nak lepas diri ko ,ko buat cerita pasal aku..cukup la semua ni..aku xnk lg jumpa ko dan group ko..aku nak minta maaf kalu aku wt salah kt korg semua..dan aku maafkan korang semua dunia akhrat..


Buant masa sekarang ni aku xnk kte berbincang atau slowtalk atau bertelagah ..sama2 pikir apa kita buat salah dan meratapi kesalahan kita dengan segera bertaubat kepada yang maha esa..

semoga orang yang buat cerita pasal aku segeralah ber taubat..


aku doakan terbuka pintu hati ko utk bertaubat dan berubah semoga ALLAH meampuni ko..

hati yang sangat mara

MIZAN
21/11/09

Tuesday, November 17, 2009

SeJeNaK dI nEgErI kEdaH & fElDa BuKIt TeMbAgA


Salam kepada semua pembaca dan yang ternanti bl0g @ berita baru yang saya ingin paparkan...

Baru - baru ini saya telah mengunjung ke negeri KEDAH DARUL AMAN @ dikenali sebangai negeri "JELAPANG PADI"@ HIJAU KUNING..


Ingin saya memcerita sedikit sejarah negeri JELAPANG PADI ini..


al-kesah berbunyi seperti ini:

kedah nama diberi ,terletak di utara malaysia,pelbagai gelaran serta ungkap antaranya jelapang padi dan hijau kuning,kedah negeri tertua malaysia,sangat kaya dengan adat dan istiadat melayunya,terkenal dengan pengeluar padi negara dan jiran
kepada thailand( pi bukit kayu hitam sempadan je )sultan kedah tunggak utama,menteri besar sebagai yang diperintah,rakyat didahulukan percapaian diutamakan.pedana menteri pertama dan ke empat tungku abdul rahman dan tun mahathir lahir disini lah tanah tumpah pemimpin berjasa..

2 dia sejarah serba sedikit,


Bagi saya negeri kedah kaya dengan keunikan semula jadi dan keistimewaan bentuk muka buminya,ditambah pula dengan anugerah yang allah berikan adalah sangat bernilai..
rakyat kedah serta golongan yang diperitah harus bersyukur dengan anugerah yang telah allah berikan ini...

saya ke FELDA BUKIT TEMBAGA merupakan kampung halaman saya,setiap kali raya pasti kelibat saya dan keluarga akan ader disana..MAK NDA
K DAN MAK CIK DE menrancang untuk membuat itik golek masakan istana negeri kedah pada zaman ayah sultan sekarang..dibantu oleh PUAN HABSAH merupakan nenek saya..itik golek yang merupakan masakan kesukan sultan kedah pada dulu kala..saya berkesempatan melihat cara membuat itik golek santapan diraja ini..Banyak juga yang saya pelajari selain itik ini,iaitu cara membuat roti canai,roti jala,asam pedas,dan gulai ikan. Terima kasih semua yang membantu saya dalam memyiapkan assiment saya dan saya ingin memohon maaf jika saya ada tersalah kata atau bahasa sepanjang saya berada di FELDA BUKIT TEMBAGA.Banyak sangat nak cite tapi biasalah jari jemari saya ni semakin malas untuk menekan lagi.selamat tinggal kedah.

Itik Golek istana
Tujuan saya pulang ke kampung pada awal bulan 11 yang lalu adalah untuk menyiapkan beberapa assiment yang masih lagi "terbengkalai" dan belum "sempurna". Semasa saya berada di sana,saya sempat berkunjung ke pekan pokok sena di daerah padang terap,pasar harian di pokok sena merupakan sebahagian aktiviti masyarakat di sana mereka menjalankan perniagaan menjual bahan mentah seperti ikan,udang dan sotong tidak ketingalan bahan hijau iaitu pelbagai sayur sayuran.

Di Alor Setar terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati seperti rumah kelahiran Tun Mahathir dan menara Alor Star.banyak sebanarnya saya ingin ceritakan tetapi sampi disini saja yang dapat saya kongsikan bersama sama semua.(malas aku nak cite sebenarnya)


Kehadiran saya di negeri ini selama seminggu banyak mengajar saya tentang sejarah negeri kedah dan kekayaan hasil buminya serta kepentingan menjaga negara kerana ramai musuh dan "spy" yang menanti untuk menjatuhkaan negara dalam apa jua cara.Harus itu marilah kita bangkit dan berjuang demi bangsa,agama dan negara.


Salam Maju untuk semua

HAMIZAN AZIZAN @ MZ

Saturday, October 24, 2009

TiAdA PeRpAdUaAn Di NeGeRi SeLaNgOr

aku ingin pulang ke kampung....

negeri jelapang padi (kedah) secara tiba2 kami bertukar fikiran untuk mengunakan jalan lama dari bukit tagar dan batang berjuntai ..kami berhentikan kenderaan untuk makan tengahari di sebuah kedai makan .. kamipun makan tengah hari d c 2... setelah makan kami pun masuk kedalam kenderaan utk bertolok ke kedah ..

secara tiba kenderaan kami tidak boleh di start dan jalan ...kenderaan saya rosak di batang berjuntau dan bukit tagar..setelah kami beredar ke kenderaan kereta yg kami naiki dgn tb2 terhenti dan tidak boleh di hidupkan semula..kebetulan adar 3 kumpulan kaum india dan 2 kumpulan kaun cina yg bereda berdekatn dan didalam kedai itu xmempedulikan kami yang cuba meng hidupkan kenderaan dan memnolok kenderaan ketempat yg lbh selamat..hanya org melayu yang singgah makan dan 2 org yg berkerja di ladang itu sahaja yang membantu kamidan kaum india dan cina mengelakankan kami dan melihat dari jauh sahaja...


minyak yang dijual di sana berharga rm10 utk sebotol sungguh mahal..ini membuktikan tiada li perpaduan di selangor yang kita idam2 kan saat peperintahan tun mathahir mohamad selama 22 tahun..

ini kah yang diajar oleh kerajaan selangor sekarang kepada rakyat..dimana tolenrasi..dimana perpaduan..dimana 1 bangsa malaysia..dimana semangat berpasukan..dimana arah tuju negara melayu ini...

saya berharap YB datuk seri najib tun razak dapat mengembalikan semula keyakinan orang melayu kepada negara dan kerajaan datuk sendiri kembalikan semula perpaduan antara kaum yang semakin terjejas sejak kebelakangan ini..


diharap konsep satu malaysia rakyat didahulukan percapaian di utmakan dapat di jalankan degan bijaksana dan segalanya akan kembali normal seperti era YB tun mathahir mohamad ..

dan kembalikan lah kepercaan orang melayu sebelum pilihan raya umum ke -13 nanti

sekian

hamizan azizan
malaysia

Sunday, October 18, 2009

KeLuAr Dr PeDaNa DaN sAhAbAt PeDaNa







aku telah berpindah keluar dari pedana sek 13 shah alam diatas kehendak diri dan tidak kena mengena denga maner - maner pihak.. aku berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dah aku berharap persahabatan kita akan berkekalan hingga akhir hayat...









aku ingin memohon maaf kepada semua kawan2 serumah aku ..






kepada Wan : ( sensetif & peka ) Mad : ( alim & mesteri )






Capik : ( gila2 sikit & kadang2 ambil berat )






Fareez : ( pendiam tp bila dah kenal banyak cakap & baik hati )






Am : ( sengal & cool ) Ayei : ( gile2 & happening )






Nabil : ( serius & senang berkawan )






Fad : ( simple & kadang2 angin )
syahidan : ( cool & baik sehxx )

aizat : ( pemendam & mudah terasa )




aku terangkan tentang mengenai korang melalui pandangan aku..,









salam perpisahan tulus dari hati aku yang begitu murni









sahabat mu Muhammad Hamizan Bin Azizan

Wednesday, September 16, 2009

SeLaMaT hArI rAyA aiDILfitRI 2009


salam lebaran
KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA , KAWAN TAULAN , DAN INSAN TERSAYANG AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.


AKU JUGA INGIN MENYUSUN 10 JARI MEMOHON KEAMPUNAN JIKA AKU ADER TERSALAH KATA,BAHASA DAN PERLAKUAN DIRI AKU YANG MEMBAWA KEPADA DOSA SERTA KESALAHAN DAN MENYINGUNG HATI KALIAN SEMUA.


KEPADA SESIAPA YANG RASA TAK SUKA KEPADA AKU ATAU TERASA HATI TERGURIS DENGAN KATA2 ATAU LAKUAN AKU BOLEH TERUS TERANG DAN MEMBERITAHU KEBENARAN KERANA KEBENARAN ITU ADALAH KESEDARAN YANG PALING MUNAJAB DAN PENIPUAN ITU ADALAH SATU PENYESAAN.


SESUNGAHNYA AKU BERSALAH AKU MEMOHON SEKALI LAGI KEMAAFAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI , MAAFKANLAH AKU DUNIA AKHRAT


SALAM AIDILFITRI


TULUS DR HATI YANG IKHLAS


MUHAMMAD HAMIZAN @ MIZAN

Friday, September 11, 2009

HIDUP UMNO


1. WALAUPUN TIDAK BERGELAR USTAZ ATAU ULAMA DAN SERING DIFITNAH DAN DIBERIKAN DENGAN PELBAGAI GELARAN OLEH NIK AZIZ SENDIRI ATAU PENYOKONG PAS SEPERTI MAHAFIRAUN, MAHAZALIM DAN SEBAGAINYA NAMUN KATA-KATA TUN MAHATHIR JAUH LEBIH MULIA DARI KATA-KATA SEORANG YANG MENGANGKAT DIRINYA SEBAGAI ULAMA...


2. TELITIKAN ULASAN TUN TERHADAP PERTANYAAN SAMADA PERLU MAJLIS FATWA MEMBUAT KENYATAAN BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN NIK AZIZ BERKAITAN ISLAM YANG DIAMALKAN OLEH UMNO MENYIMPANG DAN PENYOKONGNYA TIDAK BOLEH MASUK SYURGA:


"Tidak payah keluarkan fatwa. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang boleh menentukan selepas kita meninggal dunia, kita akan memasuki syurga atau neraka. Orang yang betul-betul warak sekali pun mungkin dia ada buat niat tidak baik, dia juga akan ke neraka,"


3. PENGETAHUAN TUN MAHATHIR MENGENAI SOAL SAMADA SESEORANG ITU AKAN KE SYURGA ATAU NERAKA LEBIH JELAS DAN MENGIKUT SUNNAH RASULLULLAH BERBANDING DENGAN KEPASTIAN NIK AZIZ BAHAWA UMNO TIDAK BOLEH MASUK SYURGA:


"Manusia biasa, dia mati baru pergi ke syurga atau neraka tetapi tidak balik untuk ceritakan. Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka. Itu kita tidak boleh kata...


"Cuma, kita tahu kita kena hidup sebagai seorang yang baik tetapi (jika) hendak kata kerana baiknya itu tidak pergi ke neraka pun tidak boleh. Kadang-kadang ada juga buat silap.


4. MENYENTUH MENGENAI KENYATAAN NIK AZIZ YANG MEMBUAT KENYATAAN PENYOKONG UMNO TAK BOLEH MASUK SYURGA, TUN MAHATHIR DENGAN SINIS MEMUJI KEHEBATAN NIK AZIZ YANG MAMPU MERAMALKAN SESEORANG ITU SAMADA KE SYURGA ATAU KE NERAKA:


"Dia boleh bagi secara jelas (siapa masuk syurga dan neraka). Orang lain semua tidak boleh, jadi dia seorang yang lebih daripada manusia biasa. "Jadi, saya 'berbangga' dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia,"


5. WALAUPUN DIBENCI DAN DIGELAR DENGAN PELBAGAI PENGHINAAN, TUN MAHATHIR MASIH DIBERI RAHMAT OLEH ALLAH UNTUK BERBAKTI KEPADA AGAMA DAN NEGARA YANG TERCINTA...


6. NIK AZIZ PERLU SEDAR DENGAN TEGURAN TUN MAHATHIR ITU DAN RASANYA ILMU YANG ADA DALAM DIRI TUN MAHATHIR ADALAH LEBIH MULIA DIBANDINGKAN DENGAN ILMU YANG ADA DALAM DIRI NIK AZIZ YANG DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN DUNIA SEMATA-MATA...


7. INILAH PERBEZAAN KETARA SEORANG PEMIMPIN ULUNG DENGAN SEORANG YANG “MENGAKU “ SEBAGAI PEMIMPIN DAN ULAMA